DOKTOR, SAYA RASA PEDIH KETIKA BUANG AIR KECIL

Kebanyakan dari kita pasti pernah mengalami simptom diatas. Dalam keadaan yang sihat tanpa faktor risiko lain, simptom ini boleh hadir pada masa yang kita tidak jangkakan dan boleh berlaku bagi orang lelaki mahupun perempuan. Kadang-kala smptom ini amat sakit sehingga kita terpaksa berjumpa dengan doktor kesihatan untuk rawatan segera. Namun dalam kebanyakan kes, sakit ketika buang air kecil ini akan hilang selepas satu hari. Pernahkah kita terfikir apakah kemungkinan punca kepada permasalahan di atas?

Terdapat beberapa perkara yang berlaku jika smptom tersebut berlaku. Antaranya adalah:

  1. Jangkitan di pundi kencing dan buah pinggang (urinary tract infection/cystitis)
  2. Batu karang yang terdapat di saluran pundi kencing (urinary stone)
  3. Jangkitan disebabkan oleh penyakit kelamin (sexual transmitted disease)
  4. Jangkitan di bahagian prostate
  5. Jangkitan kuman di bahagian vagina

Bagi kebanyakan kes di atas, terdapat simptom-simptom lain yang boleh hadir dan ianya amat penting untuk anda ceritakan semua smptom yang anda alami supaya diagnosis yang tepat dapat dibuat sekaligus rawatan yang betul dapat diberikan. Sejarah penyakit lampau, sejarah penyakit ahli keluarga, jenis ubatan dan sejarah alergi juga adalah penting untuk dikongsikan semasa berjumpa dengan doktor anda. Melalui beberapa ujian lanjut seperti ujian darah dan ujian air kencing, kebanyakan punca penyakit seperti di atas akan dapat diatasi dengan cepat.

SAYA DAH DAPATKAN RAWATAN DI KLINIK/KECEMASAN TEMPOH HARI, NAMUN RASA PEDIH MASA BUANG AIR MASIH ADA.

Namun bagi masyarakat timur, permasalahan penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai STD adalah sesuatu yang jarang dibincangkan memandangkan penyakit ini adalah satu penyakit yang agak ‘personal’ bagi kebanyakan orang dan sukar untuk diceritakan kepada sesiapa. Sisi baiknya, masyarakat mungkin faham komplikasi yang boleh berlaku jika mendapat penyakit STD. Sisi buruknya, masyarakat mungkin tidak mengendahkan faktor tertentu yang memungkinkan dia mengalami masalah STD ini sehingga diagnosis yang tepat tidak dapat dibuat.

Untuk kita kenal pasti jika sakit ketika membuang air kencing itu adalah petanda kepada permasalahan penyakit kelamin atau STD, adalah baik jika kita ambil tahu simptom-simptom lain yang boleh dirasai seseorang ketika mendapat penyakit ini. Simptom tersebut adalah:

  1. Kekerapan untuk buang air kecil yang kerap (increase in urinary frequency)
  2. Discaj dibahagian alat kelamin samada di penis, faraj ataupun dubur
  3. Sakit dibahagian scrotum
  4. Sakit dibahagian perut dan pelvis
  5. Terdapat seperti kudis (sores) dibahagian kemaluan, mulut atau anggota kulit yang lain
  6. Terdapat kutil dibahagian kemaluan (warts)
  7. Simptom- symptom lain seperti berat badan turun mendadak, berpeluh di malam hari, demam yang berpanjangan, badan cepat lesu.
  8. Adalah penting juga untuk faham kebanyakan mereka yang memiliki masalah STD ini tidak mempunyai apa-apa simptom! Hairan bukan?

Jadi jika anda memiliki simptom yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan berkaitan STD, saya syorkan untuk anda berjumpa dengan doktor kami di Universal Clinic supaya diagnosis yang tepat dapat dibuat. Disini, kami akan pastikan maklumat privasi anda adalah dipelihara dan rawatan yang tepat akan di berikan berdasarkan permasalahan yang dihadapi.

Picture of drfaez

drfaez

Leave a Replay

Recent Posts

Sign up for our Newsletter