EJAKULASI PRAMATANG: APAKAH PUNCA DISEBALIK MASALAH INI?

Fakta Ringkas

  1. Ejakulasi pramatang (31%) lebih kerap daripada masalah mati pucuk (20%).
  2. Lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang mempunyai:
  3. 90% Kawalan yang lemah terhadap ejakulasi
  4. 75% mengalami masalah tekanan peribadi
  5. 78% merasakan tidak berpuas hati dengan hubungan intim
  6. 50% mengalami kesukaran berhubung/berkomunikasi dengan pasangan
  7. Hanya 38% pasangan yang mengalami ejakulasi pramatang berasa puas dengan hubungan intim mereka.

Definisi

Ejakulasi pramatang (PE) adalah keadaan di mana seorang lelaki mengeluarkan air mani lebih awal sebelum mencapai klimaks dalam hubungan intim. Pelbagai definisi lain telah digunakan di seluruh dunia. Sebagai contoh:

  1. Persatuan Psikiatri Amerika mentakrifkan PE sebagai ejakulasi yang berterusan atau berulang kali dengan rangsangan seksual yang minimum sebelum atau sejurus selepas penetrasi berlaku dan sebelum seseorang menginginkannya.
  2. WHO pula mendefinisikan PE sebagai ketidakupayaan seseorang untuk melambatkan ejakulasi bagi menikmati hubungan intim, dimana berlaku ejakulasi sebelum atau sejurus selepas permulaan persetubuhan atau ejakulasi yang berlaku tanpa adanya ereksi yang mencukupi
  3. Persatuan Perubatan Seksual Antarabangsa mendefinisikan PE sebagai kegagalan fungsi seksual seorang  lelaki yang disebabkan oleh ejakulasi yang selalu atau hampir berlaku sebelum atau dalam masa kira-kira satu minit selepas penetrasi dan ketidakupayaan untuk melambatkan ejakulasi pada hampir semua hubungan intim yang mengakibatkan kesan negatif seperti kesusahan, gangguan, kekecewaan dan/atau menyebabkan seseorang mengelak dalam melakukan hubungan intim.

Berdasarkan definisi ini, terdapat 3 perkara penting: masa untuk ejakulasi, ketidakupayaan untuk mengawal atau melambatkan ejakulasi dan kesan negatif akibat masalah PE.

Etiologi PE

Dianggarkan kira-kira 20-30% lelaki mempunyai PE dan ia dianggap sebagai kegagalan fungsi seksual lelaki yang paling biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, punca di sebalik PE adalah masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun demikian, beberapa keadaan telah dikaitkan dengan PE, contohnya:

  1. Masalah psikologi: kebimbangan berterusan, imej badan yang tidak sempurna, masalah perhubungan, kemurungan
  2. Masalah biologi: pengurangan tahap hormon tertentu, keradangan prostat, sindrom metabolik
  3. Masalah neurologi.

Selalunya, isu psikologi adalah punca yang sering dikaitkan dengan PE. Dengan rawatan yang betul, seseorang boleh mengelakkan masalah ini berlaku berterusan.

Bagaimanakah untuk saya tahu jika saya mengalami masalah PE?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 3 faktor penting yang perlu diambil kira untuk memahami masalah tersebut.

  1. Masa untuk ejakulasi: selalu atau kerap ejakulasi dalam masa satu minit selepas penetrasi.
  2. Ketidakupayaan untuk memanjangkan tempoh ejakulasi semasa persetubuhan
  3. Anda dan pasangan anda berasa tertekan dan gelisah tentang isu ini.

 Semasa berjumpa doktor anda, dia mungkin akan bertanya sejarah lanjut mengenai hubungan intim anda dan adalah disyorkan jika anda boleh berkongsi masalah anda secara terbuka ketika sesi konsultasi. Selain itu, doktor mungkin juga perlu memeriksa anda dan mencari tanda-tanda khusus yang mungkin menunjukkan punca kepada permasalahan PE.

Terdapat juga soal selidik (Questionaire) yang boleh digunakan oleh doktor. Contohnya, Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT) yang merupakan soal selidik untuk membantu doktor menyaring dan menilai masalah PE dan rawatan bersesuaian.

Kaedah Rawatan

  1. Tanpa ubat khusus:
  2. Teknik mula dan berhenti
  3. Kaedah memicit dibahagian kemaluan ketika hubungan intim
  4. Senaman Kegel

Kadar kejayaan kaedah ini adalah kira-kira 50-60%. Walau bagaimanapun, kadar kejayaan akan bertambah baik jika anda boleh menggabungkan kaedah di atas denganubatan bersesuaian.

  • Dengan ubatan khusus:
  • Krim yang mengandungi bahan anaesthetik: dengan kesan sampingan yang minimum, anda boleh meningkatkan masa ejakulasi dengan menggunakan krim topikal ini.
  • Selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI): ubat ini boleh diambil sama ada setiap hari atau ketika perlu sahaja iaitu ketika membuat hubungan intim dengan pasanagn. Kebanyakan hanya menggunakan ubat ini apabila perlu sahaja disebabkan kesan sampingan tertentu seperti pening, ketidakselesaan perut, loya dan sakit kepala.
  • PDE5i: ubat ini digunakan terutamanya untuk merawat mati pucuk. Jadi bagaimana ia boleh meningkatkan masa ejakulasi anda? Dengan ereksi yang lebih kuat dan tahan lama, sesetengah orang akan mempunyai lebih keyakinan dan motivasi semasa aktiviti seksual mereka seterusnya meningkatkan masa ejakulasi.
  • Shock wave therapy: rawatan ini biasanya digunakan untuk merawat masalah mati pucuk. Rawatan ini juga memberi pilihan tambahan kepada inidividu yang tidak gemar kepada ubat atau krim yang mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini. Bahkan rawatan shock wave ini adalah tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan yang membahayakan.

Jadi setelah mengetahui sedikit sebanyak berkaitan ejakulasi pramatang, saya berharap pembaca akan lebih cakna dengan isu kesihatan seksual ini. Jika masih terdapat sebarang keraguan, bolehlah hadir ke Universal Clinic kerana disini kami menyediakan persekitaran yang bersesuaian untuk sesi konsultasi seterusnya menyediakan rawatan terbaik bagi masalah ini.

Picture of drfaez

drfaez

Leave a Replay

Recent Posts

Sign up for our Newsletter