Rawatan Kepada Masalah Mati Pucuk.

Rawatan Kepada Masalah Mati Pucuk.

Mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) adalah satu masalah seksual yang boleh berlaku kepada mana-mana orang lelaki dewasa. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa punca seperti masalah psikologi, masalah kesihatan yang kronik, perubahan hormone dalam badan, perokok tegar dan lain-lain. Menurut kajian MALES (Men’s Attitudes to Life Events and Sexuality), sekurang-kurangnya 16% daripada orang lelaki mengaku memiliki masalah berkaitan ED.  Berkemungkinan jumlah sebenar adalah lebih tinggi memandangkan isu seperti ini adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan sukar untuk kaum lelaki berkongsi dengan sesiapa berkaitan masalah ini.

Mati pucuk membawa maksud keadaan dimana seseorang lelaki yang gagal untuk mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi yang lama untuk membolehkannya mencapai kepuasan dalam hubungan intim. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa yang kebanyakan lelaki mungkin pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali. Ini mungkin disebabkan oleh masalah tertentu (stressor) yang mempengaruhi ereksi ketika hubungan intim. Kebanyakannya, masalah ereksi ini akan pulih selepas stressor tersebut berjaya diatasi.

Namun demikian, terdapat juga kes dimana masalah mati pucuk ini berlanjutan sehingga bertahun lamanya sehingga mengakibatkan ketiadaan ereksi langsung ketika hubungan intim. Bahkan ereksi normal yang biasa dialami di waktu pagi (morning woods) juga tidak lagi dialami disebabkan masalah ereksi yang dibiarkan berlarutan lamanya.

Melalui artikel ini, saya berharap para pembaca boleh memanfaatkan sebaik mungkin rawatan yang disediakan di klinik kami khusus untuk masalah mati pucuk.

  1. Kaedah Perubatan (Pil)

Kaedah pertama ini adalah kaedah yang paling asas dan antara yang paling awal digunakan untuk mereka yang mengalami masalah mati pucuk. Kaedah ini adalah terbukti berkesan bagi kebanyakan kes mati pucuk kecuali yang disebabkan oleh permasalahan saraf. Di Klinik Dr Tan and Partners, terdapat dua jenis pil yang disediakan untuk merawat permasalah mati pucuk.

  1. Sildenafil (Viagra) : pil ini perlu diambil 30-40 minit sebelum hubungan intim. Dos bagi satu pil adalah 100mg dan pengguna dinasihati untuk mengambil separuh pil untuk permulaan (dos 50mg) bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Selain itu, keberkesanan pil ini akan berkurangan jika diambil sejurus selepas makan. Jadi adalah penting untuk pengguna memastikan perut dalam keadaan kosong untuk meningkatkan keberkesaan pil.
  2. Tadalafil (Cialis): pil ini mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan memiliki beberapa kelebihan berbanding Viagra. Antaranya pil ini boleh diambil bila perlu (on demand) atau diambil hari-hari. Keberkesanan pil ini juga tidak dipengaruhi oleh makanan yang dimakan oleh pengguna. Selain itu, pil ini boleh berfungsi sehingga 72 jam selepas pengguna mengambilnya. Menarik bukan?

Walaupun pil-pil ini banyak digunakan untuk masalah ereksi, harus diingat pengguna perlu sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat. Hal ini adalah disebabkan oleh terdapat beberapa keadaan dimana pil-pil diatas tidak boleh diambil langsung oleh segelintir individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Bahkan kesan sampingan ubat ini wajar diberi perhatian supaya pengguna tidak cemas dan faham kesan yang boleh berlaku melalui pengambilan pil-pil diatas.

  • Kaedah Extracorpeal Shock Wave Therapy (ESWT)

Rawatan ini adalah antara yang popular bagi kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah mati pucuk. Mengapa kaedah ini digemari?

Kaedah rawatan ini berfungsi untuk menggalakan penumbuhan salur darah yang baharu di bahagian kemaluan melalui proses angiogenesis yang terhasil melalui trauma kecil yang diberikan melalui shock wave. Berbeza dengan kaedah rawatan pil, kaedah ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan langsung kepada pesakit. Banyak kajian sudah dilakukan keberkesanan kaedah ini dan ia terbukti bagi kebanyakan kes mati pucuk. Rawatan ini memrlukan sekurang-kurangnya 6 sesi untuk pesakit melihat perubahan pada ereksi.  Kaedah rawatan ESWT ini juga mempunyai potensi besar yang mampu mempengaruhi konsep fisiologi penting dalam mendapatkan ereksi yang lebih baik (spontaneous erection).

  • Kaedah Platelet Rich Plasma (P Shot).

Kaedah terakhir dalam rawatan mati pucuk ini dipanggil Priapus Shot. Kaedah ini secara teorinya adalah untuk menjadikan tisu disekeliling penis lebih sihat berbanding sebelumnya. Bagaimanakah konsep ini digunapakai dalam masalah mati pucuk?

Dalam darah kita terdapat beberapa komponen penting seperti sel darah putih, sel darah merah, platelet dan plasma. Komponen yang terbesar adalah plasma iaitu membentuk 50% bagi komponen darah. Melalui kaedah ini, komponen darah yang dikenali sebagai platelet akan menjadi komponen utama dalam memperbaiki tisu disekeliling penis. Platelet secara asasnya berfungsi dalam pembekuan darah selepas kecederaan. Ianya juga mempunyai kandungan protein tertentu yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan sesuatu tisu. Jadi melalui kaedah rawatan ini, ia berpotensi untuk memperbaiki sensation dibahagian penis, membantu ereksi yang lebih kuat dan juga membesarkan saiz zakar seorang lelaki.

Prosedur yang terlibat dalam kaedah Priapus shot ini adalah pengambilan darah pesakit di tangan sebelum sampel darah tersebut dimasukkan kedalam mesin khas untuk mengasingkan komponen darah. Komponen darah yang tinggi kandungan platelet akan dikeluarkan dari mesin tersebut sebelum di masukkan (injection) kebahagian penis. Bagi kebanyakan kes, kesan sampingan adalah minimal disebabkan penggunaan darah pesakit sendiri tanpa melibatkan komponen lain.

Kesimpulannya, masalah mati pucuk adalah sesuatu masalah yang boleh diatasi degan berkesan melalui rawatan yang bersesuaian. Melalui konsultasi dan hasil pemeriksaan di klinik kami, pesakit boleh mendapatkan jawapan atas setiap persoalan berkaitan mati pucuk, mendapatkan rawatan yang sesuai dengan permasalahan tersebut dan utamanya, sesi yang mengutamakan privasi pesakit bermula dari konsultasi sehingga selesai rawatan.

Jangan tunggu lagi, segera membuat temujanji bersama kami untuk pertanyaan lanjut!

 

drfaez

drfaez

Leave a Replay

Recent Posts

Sign up for our Newsletter