KETUAT: PENCEGAHAN DAN PILIHAN RAWATAN TERBAIK DI MALAYSIA

Kebanyakan dari kita pernah mengalami masalah ketumbuhan di bahagian kulit yang tidak diketahui puncanya. Kadangkala ketumbuhan tersebut hilang selepas beberaqpa bulan dan adakalanya ketumbuhan tersebut kekal di tempat yang sama malahan bertambah bilangannya dari masa ke semasa. Terdapat pelbagai punca yang boleh dikaitkan dengan ketumbuhan di bahagian kulit dan antara penyebab yang biasa dijumpai adalah masalah ketuat (warts).

Secara asasnya, ketuat adalah sejenis ketumbuhan di bahagian lapisan luar kulit yang berlaku disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja melalui sentuhan kulit atau pakaian yang di kongsi.  Terdapat pelbagai jenis ketuat yang boleh kita lihat jika seseorang dijangkiti oleh virus HPV ini seperti:

  1. Ketuat kemaluan (genital warts)
  2. Ketuat leper (flat warts)
  3. Ketuat plantar (plantar warts)
  4. Ketuat biasa

Apakah simptom-simptom yang biasa dijumpai bagi mereka yang mempunyai masalah ketuat?

Dalam kebanyakan kes, hanya ketumbuhan di lapisan luar kulit sahaja yang menjadi simptom kepada masalah ketuat ini. Namun demikian, jika dibahagian ketuat tersebut memiliki beberapa symptom tambahan seperti sakit, pedih, pendarahan tanpa sebab atau berlaku pada mereka yang ada penyakit HIV/kencing manis (immunusuppresive condition), kes ini biasanya perlu dirujuk kepada doktor pakar kulit untuk rawatan lanjut.

Langkah pencegahan mengelak jangkitan virus HPV

Orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti virus HPV ini seterusnya mengekang masalah ketuat. Antara Langkah yang boleh diambil:

  1. Membasuh tangan dengan sabun dengan kerap
  2. Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain (kasut, stokin, pakaian dalam)
  3. Tidak menggunakan peralatan yang sama di bahagian kulit yang ada ketuat (sikat rambut, pisau cukur)
  4. Tidak menyentuh bahagian ketuat orang lain
  5. Pakai kasut bersesuaian (kalis air) Ketika bersukan seperti berenang atau di gimnasium.
  6. Mengambil vaksin pencegahan HPV khususnya bagi mereka yang di usia 12 tahun sehingga 40 tahun.
  7. Mengamalkan pasangan hidup monogami.

Rawatan bersesuaian khusus bagi masalah ketuat

Jika kita sudah memahami sedikit sebanyak info berkaitan dengan ketuat, mari kita melihat apakah rawatan yang boleh diambil sekiranya seseorang mempunyai masalah ketuat ini. Perlu diingat, masalah ketuat ini boleh hilang daripada kulit seseorang selepas beberapa bulan atau tahun. Namun demikian, ia juga boleh kekal di bahagian kulit untuk satu jangkamasa yang panjang. Bagi mereka yang inginkan bahagian ketuat itu hilang daripada kulit, terdapat beberapa kaedah tradisional dan moden yang boleh dilakukan.

  1. Rawatan dengan krim acid.

Cara rawatan ini adalah yang biasa digunakan bagi mereka yang tidak gemar pada kaedah pembedahan. Ia hanya mengambil masa kurang satu minit untuk melengkapkan proses rawatan. Pada awalnya, kawasan kulit yang mempunyai ketuat akan dibersihkan dan dikeringkan sebelum krim acid ini disapu di Kawasan ketuat tersebut. Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau pedih selepas krim ini diletakkan dibahagian ketuat dan warna putih akan kelihatan di bahagian ketuat. Bergantung dengan saiz dan jenis ketuat, adakalanya ketuat ini akan mengecil dan jatuh selepas satu sesi rawatan manakala sebahagian lagi memerlukan sesi rawatan ulangan sehinggalah ketuat ini hilang dari bahagian kulit. Walaupun krim acid ini ada dijual di farmasi, adalah lebih baik untuk rawatan ini dilakukan di klinik dibawah tunjuk ajar doktor bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Sebaiknya selepas ketuat sudah dirawat, adalah lebih baik jika pesakit boleh menggunakan krim pelembab (moisturizer) bagi memastikan penjagaan kulit yang optimum di bahagian kulit bekas ketuat.

  • Rawatan dengan krim Aldara

Rawatan dengan krim Aldara adalah hampir menyerupai krim acid. Ia perlu disapu di bahagian ketuat dan dibiarkan selama 4 jam sebelum dicuci dengan air. Melalui krim ini, ia bertindak dengan meningkatkan tahap imun seseorang untuk merawat ketuat yang ada di bahagian kulit. Berbeza dengan krim acid, pesakit tidak akan merasa pedih atau sakit selepas krim ini disapu di bahagian ketuat. Walaubagaimanapun, seseorang mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelum saiz ketuat mengecil atau jatuh dari kulit.

  • Rawatan dengan radiofrekuensi (RF)

Kaedah rawatan ini adalah melalui peralatan yang menggunakan sebuah mesin khusus yang dipanggil radiofrekuensi. Dibandingkan dengan rawatan krim acid atau aldara, rawatan RF ini membolehkan ketuat dibuang dari kulit secara terus dengan kemas semasa proses rawatan. Selain itu, kaedah RF ini mampu memberhentikan pendarahan kecil (jika ada) ketika proses rawatan sedang dilakukan bahkan hasil aestetik melalui kaedah RF ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan rawatan krim ataupun pembuangan melalui ‘surgical excision’.

Bagaimanakah proses rawatan RF ini berlaku? Pada mulanya, bahagian kulit yang memiliki ketuat ini akan dibersihkan dan dikeringkan. Selanjutnya, sejenis krim anaesthetik (local anesthetic cream) akan disapu di bahagian kulit berhampiran bahagian ketuat. Krim ini berfungsi untuk memastikan pesakit tidak merasa sakit ketika proses rawatan RF ini berlangsung. Kira-kira selepas 30 minit krim anaesthetik ini disapu, proses rawatan menggunakan mesin RF ini akan dimulakan dan bergantung dengan saiz dan bilangan ketuat, proses membuang ketuat ini akan mengambil masa 5 minit sehingga 30 minit. Selepas ketuat dibuang dengan teknik RF, pesakit akan dapat melihat sedikit tisu mati (scar) di bahagian ketuat yang akan mengambil masa beberapa minggu sebelum ia hilang sepenuhnya. Kulit anda akan kelihatan sepeti sediakala selepas luka dan tisu mati tersebut sembuh sepenuhnya.

  • Rawatan melalui kaedah surgery ‘surgical excision’.

Sebelum kewujudan mesin RF, kaedah pembedahan ini biasa dibuat di klinik surgery kerana kaedah ini mudah iaitu hanya memotong bahagian ketuat menggunakan pisau bedah (surgical blade). Terdapat juga kaedah ‘surgical excision’ yang menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti elektrosurgeri atau ‘loop excision’. Kaedah surgical excision ini sememangnya menghasilkan keputusan yang cepat namun mendatangkan beberapa risiko tambahan seperti jangkitan kuman dan pendarahan.

Untuk kesemua kaedah rawatan di atas, kami akan mengadakan pejumpaan semula dengan pesakit selepas beberapa hari rawatan pertama dilakukan bagi melihat kembali kawasan yang mempunyai ketuat tersebut samada sudah mengecil atau luka pembedahan sudah sembuh.

Jika anda inginkan sebarang pertanyaan lanjut berkaitan masalah ketuat atau HPV, bolehlah buat temujanji bersama kami di Universal Clinic. Semua jenis rawatan yang dinyatakan adalah disediakan di Universal Clinic untuk anda pilih mengikut kesesuian anda. Katakan tidak pada masalah ketuat di kulit!

Picture of drfaez

drfaez

Leave a Replay

Recent Posts

Sign up for our Newsletter